Tuesday, August 16, 2011

Ciri-ciri orang bermotivasi


1. SENTIASA AWAL menghadiri majlis ilmu & bersedia untuk belajar

2. TEKUN DAN RAJIN mengulangkaji, membuat latihan, membantu guru dan membaca buku

3. POSITIF DAN OPTIMIS dalam semua perkara termasuk hubungan sesama kawan-kawan dan juga guru-guru


4. KENAL POTENSI DIRI samada memperbaiki kelemahan dan menggunakan kelebihan untuk memberi motivasi pada diri untuk lebih maju


5. CEKAL DAN TABAH mengharungi segala badai yang bakal mendatang, tidak mudah berputus asa malah sentiasa memikirkan alternatif dan penyelesaian bagi masalah yang timbul

6. MEMPERBAIKI DIRI dari semasa ke semasa kerana manusia tiada yang sempurna, pasti ada cacat celanya. Mohon petunjuk dari Allah moga ditunjukkan jalan kebenaran supaya segala kelemahan dapat diperbaiki

7. MEMPERBAIKI KEADAAN yang mana hari ini adalah lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Sentiasa berusaha untuk memperbaharui keadaan supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya

8. HASIL KERJA CEMERLANG, berusaha mengmaksimumkan tenaga yang ada bagi menyiapkan sesuatu kerja, selagi termampu buat yang terbaik.

9. BERSYUKUR walaupun dengan nikmat yang sedikit apatah lagi nikmat yang menggunung tinggi lagilah perlu banyak-banyak berterima kasih pada segala pemberian Allah swt


10. BERDOA disamping usaha dan tawakal pada Allah supaya segala yang berlaku membawa kepada manfaat pada diri dan agama.

11. TAWADHU' atau merendah diri di ketika berjaya mahupun dalam keadaan tidak berjaya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...