Wednesday, September 21, 2011

Bina Bilik Gerakan Sendiri

Salah satu kaedah terbaik untuk adik-adik dapatkan kembali semangat yang telah hilang untuk anda kembali bermotivasi di dalam study ialah cuba bina sebuah bilik gerakan study di bilik anda. 
Bilik gerakan study ini ialah suasana yang sangat hebat untuk merangsang diri anda agar lebih bermotivasi untuk mengulangkaji pelajaran.


Tampalkan kata-kata semangat di bilik anda. Pelbagaikan warna-warna yang boleh menimbulkan nafas baru kepada hidup anda. 
Warna-warna yang cerah selalunya mampu memberikan lebih ketenangan dalam hidup, maka hidupkan bilik anda dengan warna-warna kegemaran anda.
Kalau dengan warna biru boleh membuatkan anda lebih ceria, lebih bersemangat, maka warnakan dinding bilik anda dengan warna tersebut. 
Andai dengan warna pink mampu membuatkan anda lebih bernafsu kepada pelajaran yang dipelajari, tidak salah juga untuk anda memperbanyakkan warna tersebut di bilik anda. Lakukanlah!

Friday, September 16, 2011

Kefahaman adalah Neoron Connection

* Pelajar yang cemerlang cepat memahami sesuatu kerana neuron mereka berhubung secara aktif* Pelajar yang sukar memahami sesuatu dengan pantas, neuron dalam fikiran mereka berinteraksi secara lambat
Neuron yang berhubung antara satu sama lain akan membentuk kefahaman.
Oleh itu kefahaman ialah hubungan antara neuron dengan neuron/ Neuro connection.
Apabila berlaku hubungan antara  satu neuron, ia mengaktifkan neuron-neuron lain dan ini membentuk kefahaman.
Biasanya kali pertama neuron baru mengenal sesuatu perkara, sukar untuk memahami/ mengingat kerana ia memerlukan masa 
Tetapi kali ke 2, ikatan neuron menjadi semakin kukuh dan akhirnya apabila berulangkali maka tidak menjadi masalah untuk memahami/ berfikir tentang perkara itu.
Analoginya seperti melalui satu hutan yang tebal
* Kali pertama kita ingin melaluinya amat sukar, kita perlu tebang semua pokok, bersihkan semak dan kita hanya boleh melalui dengan berjalan kaki dengan muatan yang sedikit.* Kemudian, kita turap jalan dan memandu 1 kereta dengan perlahan kerana ianya tidak rata dan banyak becah.* Kemudian, kita turap dengan tar, tetapi jalan itu masih kecil* Kita besarkan laluan tersebut supaya boleh melalui dengan 2 hala tetapi masih susah apabila kita ingin memotong* Untuk memotong dengan mudah kenderaan lain, kita pun membina highway/ lebuhraya- Dengan lebuhraya kita boleh memandu dengan laju dan banyak muatan


Begitu juga kali pertama kita mempelajari sesuatu ia umpama ada hutan belantara dalam fikiran kita.
Kita perlu paksa dan meneroka dalam fikiran dan ia bukan perkara yang mudah


Tetapi apabila kita sudah berjaya membina jalan maka kita boleh membawa maklumat dengan lebih pantas dan 
* sekiranya kita terus melakukan latih tubi, kerja rumah, latihan dan sebagainya
Maka lama kelamaan dalam minda kita ada Highway, dan kita boleh memahami sesuatu dengan pantas dan kita boleh membawa muatan data yang lebih banyak dalam fikiran kita


Itulah yang dimiliki oleh mereka yang sangat cemerlang.
Setiap daripada kita boleh melakukannya, yang penting kita tahu bagaimana untuk mencetuskan kuasa dalam diri kita kerana belajar itu seronok


Kejayaan adalah milik anda

Bagaimana otak kita berfungsi?



Penting untuk kita tahu bagaiman otak kita berfungsi supaya kita dapat meningkatkan kefahaman kita.


Semua orang memiliki otak di dalam kepala.
Persoalannya, kenapa ada orang memiliki otak yang lebih baik? Adakah benar otak orang bijak lebih baik dari otak kita?
Jawapannya salah kerana potensi otak kita sama sahaja seperti otak orang lain cuma....
Orang cemerlang dalam akademik menggunakan otak mereka dengan sebetulnya


Persoalannya, Bagaimana otak kita berfungsi sehingga kita boleh menggunakan otak kita sebetulnya?


Otak kita memiliki berat 1.2-1.5kg sahaja tetapi ia memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan kita.
Otak kita ada banyak Neurone lebih dari 100 Billion hingga 1 Trillion sel neuron
Neurone bekerja dengan cara berhubung antara satu sama lain. 



Pemikiran yang cerdas menyebabkan neuron bekerja dengan aktif dan pantas.


Orang yang lemah dalam akademik mempuyai neuron yang perlahan, malas berkomunikasi dan tidak berinteraksi sesama sendiri.
Ini membezakan pelajar yang memahami dengan pelajar yang tidak dapat memahami apa yang mereka pelajari.




Kata Kuncinya adalah
* Apabila neuron berhubung secara aktif, maka kita juga boleh memahami dengan aktif
* Pelajar cemerlang mempunyai neuron yang berinteraksi dengan pantas dan 
* pelajar yang lemah mempunyai neuron yang berinteraksi secara perlahan
Pantas dan perlahan ini banyak mempengaruhi sejauhmana kita memahami apa yang kita pelajari
* Samada kita dapat memahami banyak perkara dalam satu masa dalam masa yang singkat
* ataupun kita memahami sedikit perkara dalam masa yang terhad

Persoalan masa untuk kefahaman belajar?

Berapa banyak MASA yang kita peruntukkan untuk belajar  di sekolah/ rumah?
Katakan 8 jam di sekolah dan 3 jam di rumah = kira-kira 11 jam sehari untuk belajar 
(11 jam itu termasuk kita mendengar pelajaran dari guru, menghafal, latih tubi, baca buku dsb)
Persoalannya, dalam tempoh 11 jam ini berapa % kita boleh memahami, menghafal dan mengingati apa yang kita pelajari?
Orang cemerlang dalam akademik menggunakan masa yang terhad dengan cara mengisi masa tersebut secara optimum dan akhirnya mereka mendapat kefahaman yang optimum.
Katakan daripada 11 jam tadi kita sekadar memahami 50%. * Bayangkan berapa jam yang kita habiskan tanpa kita memahami apa yang kita pelajari?Berapa jam kita rugi setiap hari? * lebih kurang 5 jam 30 minit sahaja yang betul-betul kita faham dan selebihnya 5 jam 30 minit lagi kita bazirkan begitu sahaja.*Bayangkan berapa banyak masa kita habiskan hanya kerana kita tidak mengoptimumkan kefahaman kita?
Persoalan seterusnya, boleh tak kita pertingkatkan kefahaman kita?
Supaya kita mendapat lebihan masa setiap hari untuk aktiviti yang lain.
Pelajar-pelajar yang lemah banyak menghabiskan banyak jam belajar di hadapan buku tetapi dia tidak dapat mememahami keseluruhannya dan akhirnya dia tiada masa untuk melakukan kerja lain seperti bersukan, bersama keluarga dsbg.
Bukan masalah tak cukup masa tetapi masalahnya adalah bagaimana kita menggunakan masa tersebut dengan mengoptimakan minda kita supaya memahami apa yang kita belajar.


Jawapannya kita boleh meningkatkan kefahaman kita.
Dengan teknik dan cara yang betul, Pelajari
1) Bagaimana cara untuk mempertajamkan minda
2) Cara meningkatkan fokus/ kefahaman kita
supaya kita dapat menggunakan masa kita sepenuhnya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...