Wednesday, September 21, 2011

Bina Bilik Gerakan Sendiri

Salah satu kaedah terbaik untuk adik-adik dapatkan kembali semangat yang telah hilang untuk anda kembali bermotivasi di dalam study ialah cuba bina sebuah bilik gerakan study di bilik anda. 
Bilik gerakan study ini ialah suasana yang sangat hebat untuk merangsang diri anda agar lebih bermotivasi untuk mengulangkaji pelajaran.


Tampalkan kata-kata semangat di bilik anda. Pelbagaikan warna-warna yang boleh menimbulkan nafas baru kepada hidup anda. 
Warna-warna yang cerah selalunya mampu memberikan lebih ketenangan dalam hidup, maka hidupkan bilik anda dengan warna-warna kegemaran anda.
Kalau dengan warna biru boleh membuatkan anda lebih ceria, lebih bersemangat, maka warnakan dinding bilik anda dengan warna tersebut. 
Andai dengan warna pink mampu membuatkan anda lebih bernafsu kepada pelajaran yang dipelajari, tidak salah juga untuk anda memperbanyakkan warna tersebut di bilik anda. Lakukanlah!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...