Friday, September 16, 2011

Kefahaman adalah Neoron Connection

* Pelajar yang cemerlang cepat memahami sesuatu kerana neuron mereka berhubung secara aktif* Pelajar yang sukar memahami sesuatu dengan pantas, neuron dalam fikiran mereka berinteraksi secara lambat
Neuron yang berhubung antara satu sama lain akan membentuk kefahaman.
Oleh itu kefahaman ialah hubungan antara neuron dengan neuron/ Neuro connection.
Apabila berlaku hubungan antara  satu neuron, ia mengaktifkan neuron-neuron lain dan ini membentuk kefahaman.
Biasanya kali pertama neuron baru mengenal sesuatu perkara, sukar untuk memahami/ mengingat kerana ia memerlukan masa 
Tetapi kali ke 2, ikatan neuron menjadi semakin kukuh dan akhirnya apabila berulangkali maka tidak menjadi masalah untuk memahami/ berfikir tentang perkara itu.
Analoginya seperti melalui satu hutan yang tebal
* Kali pertama kita ingin melaluinya amat sukar, kita perlu tebang semua pokok, bersihkan semak dan kita hanya boleh melalui dengan berjalan kaki dengan muatan yang sedikit.* Kemudian, kita turap jalan dan memandu 1 kereta dengan perlahan kerana ianya tidak rata dan banyak becah.* Kemudian, kita turap dengan tar, tetapi jalan itu masih kecil* Kita besarkan laluan tersebut supaya boleh melalui dengan 2 hala tetapi masih susah apabila kita ingin memotong* Untuk memotong dengan mudah kenderaan lain, kita pun membina highway/ lebuhraya- Dengan lebuhraya kita boleh memandu dengan laju dan banyak muatan


Begitu juga kali pertama kita mempelajari sesuatu ia umpama ada hutan belantara dalam fikiran kita.
Kita perlu paksa dan meneroka dalam fikiran dan ia bukan perkara yang mudah


Tetapi apabila kita sudah berjaya membina jalan maka kita boleh membawa maklumat dengan lebih pantas dan 
* sekiranya kita terus melakukan latih tubi, kerja rumah, latihan dan sebagainya
Maka lama kelamaan dalam minda kita ada Highway, dan kita boleh memahami sesuatu dengan pantas dan kita boleh membawa muatan data yang lebih banyak dalam fikiran kita


Itulah yang dimiliki oleh mereka yang sangat cemerlang.
Setiap daripada kita boleh melakukannya, yang penting kita tahu bagaimana untuk mencetuskan kuasa dalam diri kita kerana belajar itu seronok


Kejayaan adalah milik anda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...