Showing posts with label Pelajar Cemerlang. Show all posts
Showing posts with label Pelajar Cemerlang. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

2 pelajar OKU UTM cemerlang

JOHOR BAHRU: Kecacatan fizikal yang dialami sejak dilahirkan tidak menjadi penghalang kepada dua pelajar kurang upaya untuk muncul pelajar cemerlang sempena Majlis Konvokesyen ke-46 Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di Skudai di sini, semalam.

Pelajar berkenaan, Ruzimi Mohammed, 26, dan Nik Mohd Firdaus Nik Zainal Abidin, 27, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan tidak pernah merasakan kekurangan yang ada sebagai kelemahan untuk menempuh cabaran kehidupan.

Sebaliknya, Ruzimi yang mengalami kecacatan di bahagian kaki dan tangan, cekal menimba ilmu di peringkat program Sarjana Keusahawanan Teknologi Maklumat sejak tiga tahun lalu biarpun hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda.

Berkat usaha gigih itu, dia yang juga anak bongsu daripada 10 beradik berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 sekali gus merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Program Sarjana Keusahawanan Teknologi Maklumat.

Ruzimi berkata, pada awalnya dia berasa keliru apabila ahli keluarga kurang bersetuju dengan cadangannya untuk menyambung pengajian di universiti itu berikutan bimbang keselamatan dan keadaan kesihatannya.

“Bagaimanapun, demi mengejar cita-cita untuk memperoleh sarjana dan muncul sebagai usahawan, saya berjaya memujuk mereka dan belajar berdikari ketika melanjutkan pengajian di sini.
“Bagi individu seperti saya, kejayaan itu bukan sesuatu perkara yang mudah, namun dengan usaha gigih dan doa ibu bapa, ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

“Saya bersyukur kerana berpeluang menimba pengalaman sebagai usahawan sambilan dengan mengusahakan gerai menjual pelbagai jenis peralatan menulis di kawasan kampus universiti ini di mana pada setiap hari saya akan mengulang kaji pelajaran mulai jam 8 malam sehingga awal pagi,” katanya.

Sementara itu, bagi graduan program Sarjana Sains Komputer, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat, Mohd Firdaus, hidup sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan tinggal berjauhan dengan sanak saudara tidak semudah yang disangka.

“Saya sentiasa berpegang kepada nasihat keluarga dan melipatgandakan usaha untuk berjaya. Alhamdulillah saya yang bergantung kepada kerusi roda banyak dibantu oleh rakan dan keluarga angkat di Johor.

“Saya bersyukur dengan kejayaan ini dan insya-Allah jika berpeluang saya akan sambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang keusahawanan,” katanya yang memperoleh CGPA 3.62.

Monday, July 18, 2011

Motivasi Means

Motivasi ialah kemahuan dalam diri seseorang individu untuk melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat.

Menurut Sternberg (2001), motivasi bererti dorongan/ keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan.

Motivasi juga melibatkan sesuatu proses yang memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang.

Motivasi juga berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohamad Zaaba dan Zuraida Haji Ismail, 2004).

Menurut mereka lagi, jika seseorang pelajar itu terdorong untuk belajar dengan tekun bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang maka pelajar itu ialah seorang pelajar yang bermotivasi.
Antara ciri-ciri pelajar bermotivasi tinggi ialah mereka sentiasa ingin ke sekolah awal, ingin ke perpustakaan, gemar membaca, gemar belajar dan menganggap peperiksaan sebagai 1 cabaran.
Oleh sebab itu, adalah amat penting bagi semua pihak yang terlibat dengan pendidikan terutamanya pihak sekolah merancang dan melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

Pihak sekolah perlu menyediakan iklim persekolahan yang positif bagi menggerakkan motivasi pelajar untuk menghasilkan corak pembelajaran yang berkesan.

Ini kerana iklim sekolah merupakan faktor terpenting dalam menentukan kualiti pembelajaran murid-murid di sekolah seterusnya menentukan keberkesanan sesebuah sekolah.

Kecemerlangan pendidikan merupakan agenda penting yang sering dibincangkan.

Ini kerana pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan amat bergantung kepada sistem pendidikan dan rupa bentuk pelajar yang akan dihasilkan.

Dalam usaha untuk membaiki kualiti dalam bidang pendidikan ini, lebih banyak fokus perlu diberikan kepada motivasi pelajar-pelajar. Ini kerana pelajar merupakan harapan negara pada masa hadapan.

Walau setekal mana dan semantap manapun program pendidikan yang dirancang dan dilaksanakan, ianya tidak akan mencapai hasil yang sepenuhnya jika para pelajar tidak berminat untuk belajar.

Menurut Mohamad Zaaba dan Zuraida Haji Ismail (2004), walaupun kehadiran pelajar agak memuaskan, namun kehadiran secara fizikal tidak menjamin penglibatan mental.

Pelajar-pelajar dilihat gagal mengambil peluang sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini kerana ramai pelajar tidak mempunyai komitmen terhadap pelajaran mereka.

Saturday, July 2, 2011

Pelajar terbaik SPM 2008

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal

Sekali lagi dibuktikan sekolah dibawah pentadbiran kerajaan Kelantan Maahad Muhammadi Perempuan mampu berjaya walaupun dalam serba kekurangan.
Apa lagi yang nak dikata walaupun tidak mempunyai meja belajar, tidak menghadiri tuisyen, tinggal dalam serba kekurangan dan perbelanjaan harian hanya RM 1, serta RM 4 untuk tambang bas. Dia telah membuktikan kesusahan tidak menghalang untuk mencapai kejayaan.

Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
 
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.
Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.
Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.
 

Pelajar Terbaik SPM 2007

Azali Azlan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, telah mendapat 20 (1A) dan 1 (2A) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Ini mengatasi rekod 17 1A yang dipegang oleh Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.


Azali telah meraih:


Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan 5 A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9 A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Sungai Petani ini berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru.


Ayahnya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya pula mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...