Friday, July 8, 2011

Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan

1-Tidak Mudah terpedaya dengan hiburan duniawi
2-Tegas dengan pegangan agama dan budaya Melayu
3-Berani kerana Benar
4-Kesusahan sebagai satu nikmat Allah bukn halangan
5-Menyuruh kepada yang baik dan melarang kemungkaran
6-Yakin dengan kemampuan diri setelah berusaha
7-Semua manusia adalah sama di sisi Allah kecuali orang bertakwa

Menjaga hubungan dengan Allah

1-Solat fardhu di awal waktu
2-Bersihkan hati daripada sifat Mazmumah (clik untuk tahu)
3-Qiyamulail iaitu menunaikan Solat Sunat Tahajud, Taubat, Hajat dan Istikharah. (Setiap malam/ setiap minggu)
4-Berpuasa sunat Isnin dan Khamis
5-Amalkan Solat Sunat Dhuha setiap pagi
6-Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW setiap hari. (1000 sehari)
7-Makan makanan yang halal dan jauh dari syubhah.

Sunday, July 3, 2011

Perbezaan Kesediaan Belajar

Perbezaan perkembangan mental
Walaupun umur sama, tahap/ corak perkembangan kecerdasan dan intelek mereka adalah berbeza. Biasanya guru mengalami masalah untuk melayani murid mengikut perbezaan yang wujud antara setiap murid
Perbezaan sikap dan minat
Sikap dan minat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kesedian belajar dan pencapaian pembelajaran seseorang.
Perbezaan kadar pertumbuhan fizikal
Setiap pelajar dalam kumpulan umur yang sama tidak semestinya mempunyai kebolehan yang sama dalam aktiviti fizikal/ akademik.
Perbezaan keyakinan diri
Setiap pelajar berasal daripada pelbagai status sosioekonomi yang mempengaruhi keyakinan diri yang berbeza-beza.
Perbezaan Jantina
Lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan pertumbuhan fizikal yang berbeza. Perbezaan minat, sahsiah dan sikap antara dua jantina ini juga mempengaruhi kesediaan belajar. Faktor lain seperti kehendak dan harapan masyarakat/ pengaruh persekitaran terhadap peranan remaja lelaki dan perempuan ini yang berlainan juga mempengaruhi.

Perbezaan dalam diri individu
Setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza-beza dalam bidang tertentu.

KENALI DIRI ANDA (kelemahan dan kelebihan) DAN CUBA CIPTA PERSEKITARAN UNTUK ANDA BELAJAR DENGAN LEBIH FOKUS DAN MAKSIMUM.

Tempat Belajar

Pilih Tempat Belajar:
  1. Seronok
  2. Semangat
  3. Tenang/ Selesa
  4. Elak Gangguan
  5. Kawan
  6. Bunyi
Kata Imam Syafie
"Fikiran hanya akan tumbuh jika digunakan dan surut jika dibiarkan begitu sahaja. Menuntut ilmu lebih utama daripada melakukan ibadat sunat"
Bekalan Alat Tulis:
  1. Pembaris
  2. Buku/ Kertas
  3. Jam/ Masa
  4. Air Minuman

Saturday, July 2, 2011

Pelajar terbaik SPM 2008

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal

Sekali lagi dibuktikan sekolah dibawah pentadbiran kerajaan Kelantan Maahad Muhammadi Perempuan mampu berjaya walaupun dalam serba kekurangan.
Apa lagi yang nak dikata walaupun tidak mempunyai meja belajar, tidak menghadiri tuisyen, tinggal dalam serba kekurangan dan perbelanjaan harian hanya RM 1, serta RM 4 untuk tambang bas. Dia telah membuktikan kesusahan tidak menghalang untuk mencapai kejayaan.

Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
 
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.
Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.
Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.
 

Pelajar Terbaik SPM 2007

Azali Azlan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, telah mendapat 20 (1A) dan 1 (2A) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Ini mengatasi rekod 17 1A yang dipegang oleh Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.


Azali telah meraih:


Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan 5 A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9 A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Sungai Petani ini berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru.


Ayahnya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya pula mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi.


Cara Menelaah Pelajaran

Kaedah Mengulangkaji setiap subjek adalah berbeza.
  1. Geografi memerlukan bantuan peta, atlas & ilustrasi
  2. Sains memerlukan bantuan makmal dan eksperimen
  3. Matematik & AddMath memerlukan bantuan formula dan rajah serta memerlukan latihan konsisten & tidak blh mengabaikan latihan
  4. Sejarah memerlukan maklumat masa lepas secara tertib/ urutan kronologi. Mustahaknya adalah pemahaman tentang kronologi dan menguasai rentetan sejarah
  5. Biologi, Fizik, Sains & Kimia memerlukan eksperimen dan kolerasi prinsip-prinsip dgn latar belakang eksperimen
  6. Ekonomi memerlukan kefahaman prinsip & penerapan prinsip itu kpd pelbagai fenomena dlm masyarakat dgn bantuan data lengkap
Dgn kaedah belajar ini, subjek tersebut menjadi lebih menarik dan mudah difahami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...