Wednesday, June 22, 2011

Introduction 23Jun2011

Assalamualaikum wrt

Kewujudan blog ini adalah untuk tatapan umum semua lapisan masyarakat khususnya para guru, pelajar, ibubapa dan penggiat industri pendidikan. 
 
Berikut adalah bullet yang akan dikongsikan melalui blog ini yang akan bersifat dinamik fungsinya dari semasa ke semasa:
1) Motivasi Teacher
2) Motivasi Student
3) Duit Tuition
4) Bedah Buku
5) Clue Sains
6) Clue Math
7) Clue AddM3
8) Clue Biology
9) Hargai Teacher
10) Painting
11) Piano Class
Blog ini memahami 1 istilah "Setiap orang ingin rasa dihargai dan dihormati sebagai 'somebody' dan orang yang punya hati dan perasaan" 
Jadi, khusus untuk semua para guru yang banyak berkorban untuk mendidik kebanyakan manusia yang gemilang dari dulu hingga kini. Perjuangan pendidikan hingga ke liang lahad untuk ilmu. 
Ilmu itu sebuah "Nur/ cahaya" yang sifat suluhannya menyeluruh pada serata objek dan hilang hanya apabila melalui objek legap.
Bersihkan hati selalu, gilapkan selalu dengan cahaya dari ilmu yang berguna, pasti cahaya itu akan sampai. InsyaAllah, cahaya dari kekasih Allah Nur Muhammad saw akan sentasa menyuluh hati kepadaNya.
Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. 
Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:
"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat".
Moga cita-citaku until the end of the day tercapai: nak jadi Pakar Motivasi, Cikgu Pakar subjek (Biologi. Sains, Math dan AddMath) dan membuka Pusat Tuisyen sekaligus cawangan Pusat Tuisyen di seluruh negeri di Malaysia. A House of Knowledge.. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...