Monday, July 18, 2011

Motivasi Means

Motivasi ialah kemahuan dalam diri seseorang individu untuk melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat.

Menurut Sternberg (2001), motivasi bererti dorongan/ keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan.

Motivasi juga melibatkan sesuatu proses yang memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang.

Motivasi juga berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohamad Zaaba dan Zuraida Haji Ismail, 2004).

Menurut mereka lagi, jika seseorang pelajar itu terdorong untuk belajar dengan tekun bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang maka pelajar itu ialah seorang pelajar yang bermotivasi.
Antara ciri-ciri pelajar bermotivasi tinggi ialah mereka sentiasa ingin ke sekolah awal, ingin ke perpustakaan, gemar membaca, gemar belajar dan menganggap peperiksaan sebagai 1 cabaran.
Oleh sebab itu, adalah amat penting bagi semua pihak yang terlibat dengan pendidikan terutamanya pihak sekolah merancang dan melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

Pihak sekolah perlu menyediakan iklim persekolahan yang positif bagi menggerakkan motivasi pelajar untuk menghasilkan corak pembelajaran yang berkesan.

Ini kerana iklim sekolah merupakan faktor terpenting dalam menentukan kualiti pembelajaran murid-murid di sekolah seterusnya menentukan keberkesanan sesebuah sekolah.

Kecemerlangan pendidikan merupakan agenda penting yang sering dibincangkan.

Ini kerana pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan amat bergantung kepada sistem pendidikan dan rupa bentuk pelajar yang akan dihasilkan.

Dalam usaha untuk membaiki kualiti dalam bidang pendidikan ini, lebih banyak fokus perlu diberikan kepada motivasi pelajar-pelajar. Ini kerana pelajar merupakan harapan negara pada masa hadapan.

Walau setekal mana dan semantap manapun program pendidikan yang dirancang dan dilaksanakan, ianya tidak akan mencapai hasil yang sepenuhnya jika para pelajar tidak berminat untuk belajar.

Menurut Mohamad Zaaba dan Zuraida Haji Ismail (2004), walaupun kehadiran pelajar agak memuaskan, namun kehadiran secara fizikal tidak menjamin penglibatan mental.

Pelajar-pelajar dilihat gagal mengambil peluang sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini kerana ramai pelajar tidak mempunyai komitmen terhadap pelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...