Sunday, July 3, 2011

Perbezaan Kesediaan Belajar

Perbezaan perkembangan mental
Walaupun umur sama, tahap/ corak perkembangan kecerdasan dan intelek mereka adalah berbeza. Biasanya guru mengalami masalah untuk melayani murid mengikut perbezaan yang wujud antara setiap murid
Perbezaan sikap dan minat
Sikap dan minat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kesedian belajar dan pencapaian pembelajaran seseorang.
Perbezaan kadar pertumbuhan fizikal
Setiap pelajar dalam kumpulan umur yang sama tidak semestinya mempunyai kebolehan yang sama dalam aktiviti fizikal/ akademik.
Perbezaan keyakinan diri
Setiap pelajar berasal daripada pelbagai status sosioekonomi yang mempengaruhi keyakinan diri yang berbeza-beza.
Perbezaan Jantina
Lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan pertumbuhan fizikal yang berbeza. Perbezaan minat, sahsiah dan sikap antara dua jantina ini juga mempengaruhi kesediaan belajar. Faktor lain seperti kehendak dan harapan masyarakat/ pengaruh persekitaran terhadap peranan remaja lelaki dan perempuan ini yang berlainan juga mempengaruhi.

Perbezaan dalam diri individu
Setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza-beza dalam bidang tertentu.

KENALI DIRI ANDA (kelemahan dan kelebihan) DAN CUBA CIPTA PERSEKITARAN UNTUK ANDA BELAJAR DENGAN LEBIH FOKUS DAN MAKSIMUM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...