Friday, September 16, 2011

Persoalan masa untuk kefahaman belajar?

Berapa banyak MASA yang kita peruntukkan untuk belajar  di sekolah/ rumah?
Katakan 8 jam di sekolah dan 3 jam di rumah = kira-kira 11 jam sehari untuk belajar 
(11 jam itu termasuk kita mendengar pelajaran dari guru, menghafal, latih tubi, baca buku dsb)
Persoalannya, dalam tempoh 11 jam ini berapa % kita boleh memahami, menghafal dan mengingati apa yang kita pelajari?
Orang cemerlang dalam akademik menggunakan masa yang terhad dengan cara mengisi masa tersebut secara optimum dan akhirnya mereka mendapat kefahaman yang optimum.
Katakan daripada 11 jam tadi kita sekadar memahami 50%. * Bayangkan berapa jam yang kita habiskan tanpa kita memahami apa yang kita pelajari?Berapa jam kita rugi setiap hari? * lebih kurang 5 jam 30 minit sahaja yang betul-betul kita faham dan selebihnya 5 jam 30 minit lagi kita bazirkan begitu sahaja.*Bayangkan berapa banyak masa kita habiskan hanya kerana kita tidak mengoptimumkan kefahaman kita?
Persoalan seterusnya, boleh tak kita pertingkatkan kefahaman kita?
Supaya kita mendapat lebihan masa setiap hari untuk aktiviti yang lain.
Pelajar-pelajar yang lemah banyak menghabiskan banyak jam belajar di hadapan buku tetapi dia tidak dapat mememahami keseluruhannya dan akhirnya dia tiada masa untuk melakukan kerja lain seperti bersukan, bersama keluarga dsbg.
Bukan masalah tak cukup masa tetapi masalahnya adalah bagaimana kita menggunakan masa tersebut dengan mengoptimakan minda kita supaya memahami apa yang kita belajar.


Jawapannya kita boleh meningkatkan kefahaman kita.
Dengan teknik dan cara yang betul, Pelajari
1) Bagaimana cara untuk mempertajamkan minda
2) Cara meningkatkan fokus/ kefahaman kita
supaya kita dapat menggunakan masa kita sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...